Vacations Funds

4 Feb 2018

Tips Mendaki Bukit

Saya berkesempatan mendaki Bukit Nuluh Lapai yang terletak di kawasan Kampung Lapasan Telipok,  semasa saya berada di Kota Kinabalu baru-baru ini. Pendakian ini adalah pendakian impromptu kerana hanya dimaklumkan oleh kawan yang ingin mendaki pada jam 6 pagi hari tersebut. Nasib baiklah, jarak rumah saya berdekatan dengan Bukit Nuluh Lapai, iaitu hanya mengambil masa 5 minit pemanduan.
Jika jumpa Papan Tanda ini, maka anda berada di kaki Bukit Nuluh Lapai

Pilihan di tangan anda

Untuk mendaki bukit ini. para pendaki mempunyai 2 pilihan laluan iaitu sama ada menggunakan laluan pertama yang jaraknya 980 meter atau memililh menggunakan laluan kedua sejauh 1.2km. Oleh kerana sudah lama tidak mendaki bukit, kami memilih menggunakan laluan pertama. Kami mendaki dengan pelahan-lahan dan  mengambil masa selama 27 minit untuk sampai ke puncak.
Sebahagian Trail pendakian

Di pertengahan pendakian, kita boleh melihat pemandangan yang indah

Bukti berjaya sampai ke puncak Bukit Nuluh Lapai

Kawan mendaki

Aktiviti mendaki bukit telah menjadi trend gaya hidup pada masa kini. Suatu perkara yang agak baik kerana menunjukkan masyarakat semakin sedar akan pentingnya senaman dan riadah dalam kehidupan. Bagi yang berazam untuk mendaki gunung pula, biasanya mereka mendaki bukit secara kerap untuk menguatkan stamina dan mental. Baik, kepada yang ingin mencuba mendaki bukit atau baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit, di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya aplikasikan semasa melakukan aktiviti mendaki.
  1. Pakai pakaian yang sesuai dan ringan dan mudah menyerap peluh. Janganlah pakai jeans, kurang sesuai gitu.
  2. Pakai kasut yang sesuai yang boleh memberikan cengkaman baik pada permukaan yang licin. Kalau mampu, boleh beli kasut khas untuk mendaki,  tapi boleh bah cuba kasut yang popular di kalangan orang Sabah – Kasut Adidas Kampung.
  3. Lakukan regangan ringan pada otot sebelum memulakan pendakian. Ini untuk mengelakkan otot-otot kejang dan badan kita terkejut.
  4. Bacalah doa sebelum mendaki.
  5. Sentiasa membawa air dalam bekas kecil. Mana tahu haus dan penat sepanjang pendakian. 
  6. Mendakilah bersama kawan atau dalam kumpulan. Jika terpaksa mendaki secara solo, pastikan jarak dengan pendaki lain tidak jauh. Aspek ini penting supaya pendaki lain sedar jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kita.
  7. Mendakilah dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Tidak salah jika berehat sebentar untuk menghilangkan penat.
  8. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan agar oksigen boleh masuk dengan baik dalam paru-paru kita.
  9. Ambil masa untuk menikmati keindahan persekitaran alam sepanjang pendakian. Boleh ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
  10. Elakkan cakap besar atau  menegur benda-benda yang kelihatan pelik. Selain itu, tidak payahlah petik bunga-bunga hutan yang cantik tu. Cukuplah dengan mengambil gambar sahaja.
  11. Bawa sedikit duit, sebab di puncak bukit biasanya ada orang berjualan. Boleh lah membeli dan juga menderma pada tabung bukit.
Selamat mendaki dan terus amalkan gaya hidup yang sihat.

7 comments:

  1. alhamdulillah
    bagus tips2 nih
    memang perlu diamalkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah ke sini.Semoga post ini memberi manfaat kepada kita semua.

      Delete
  2. Replies
    1. Same Here. Masa dan cuaca yang ridak menentu menghadkan saya untuk hiking.

      Delete
  3. yang penting menjaga kesehatan badan dengan cukup istirahat sebelum mendaki. Boleh membawa uang untuk beli sesuatu terutama minuman

    ReplyDelete
  4. Good tips. Mama mmg zero Bab macam ni

    ReplyDelete

Thank you for visiting my page and for your comments too.