Vacations Funds

17 Jan 2022

Ke Pulau Komodo...

January 17, 2022 4 Comments

(...sambungan coretan perjalanan pada tahun 2019)

Setelah selesai hiking, melihat sunrise dan mengambil gambar di puncak Pulau Padar, kami meneruskan pelayaran ke Pulau Komodo sambil menikmati hidangan sarapan pagi di atas bot. A cruise to Komodo Island from Padar Island takes approximately 1 hour 30 minutes in calm sea waves, ini kata pemandu pelancong kami. Tidak sah lawatan ke gugusan kepulauan Taman Nasional Komodo jika tidak singgah ke Taman Negara Komodo yang terletak di Pulau Komodo. Berbeza dengan Pulau Rinca (sebelum ke Pulau Padar dan ke Pulau Komodo kami telah melawat Pulau Rinca) yang biawak komodonya mudah dilihat, di Pulau Komodo (menurut kata guide) biawak-biawak komodo bersifat liar dan kebarangkalian untuk pengunjung melihat biawak-biawak tersebut adalah tipis walaupun bilangan biawak komodo lebih banyak di Pulau Komodo berbanding di Pulau Rinca.

Laluan ke darat setelah turun dari bot

Berita tentang rancangan penutupan Pulau Komodo kepada pelancong oleh kerajaan Indonesia yang tersebar sejak awal tahun 2019 menguatkan niat kami untuk melawat pulau tersebut. Sewaktu berjalan di kawasan trek mencari biawak Komodo, kami sempat bercerita dengan Ranger yang menemani kami dan ternyata mereka sebenarnya tidak senang dan tidak setuju dengan rancangan penutupan tersebut. Ramai yang akan terkesan akibat daripada penutupan Pulau Komodo. Para Ranger akan kembali menjadi nelayan atau mencari sumber rezeki lain. Mereka juga menyuarakan kebimbangan akan berlaku "pertentangan" penduduk pulau dengan pemerintah seperti yang berlaku di Raja Ampat.

Gerbang pintu masuk ke Pulau Komodo

Pokok-pokok kayu di hutan Pulau Komodo.

Persekitaran Pulau yang kering kerana musim panas.

walaupun biawak komodo sukar dilihat di Pulau Komodo, tetapi kami bernasib baik kerana semasa kami melawat dan masuk ke dalam hutan kami berpeluang melihat 3 ekor biawak komodo. Lebih mengujakan lagi, ada biawak komodo yang bergerak mendekati kami yang berada di kawasan "kolam air minum". Di pulau ini, biawak komodonya tidak bermalas-malasan seperti di Pulau Rinca.

Seekor biawak komodo sedang bergerak menuju ke kolam air minum

Saya mengambil gambar seolah-olah saya mengusap sang biawak komodo

Tips: Jika dikejar biawak komodo, berlarilah dalam bentuk zig zag dan panjatlah pokok untuk menyelamatkan diri (biawak komodo yang besar, tidak mampu memanjat pokok. Tapi biawak komodo yang masih kecil sangat pakar memanjat pokok)
Info: Biawak komodo yang betina akan bertelur. Telur akan menetas dalam tempoh masa 9 bulan. Biawak betina hanya menjaga telur selama 3 bulan dan anak biawak komodo akan menetas sendiri tanpa mengenali ibunya. Dalam keadaan terpaksa, si Ibu akan memakan anaknya sendiri.
Nasihat: Jangan ganggu biawak komodo atau berada terlalu dekat dengan binatang tersebut. Walau keadaan mereka seperti santai-santai sahaja, biawak komodo sangat pantas jika menyerang mangsa atau bila mereka merasakan diri mereka terancam.

28 Jan 2021

Saya Memasak: Wantan Ho Ayam

January 28, 2021 7 Comments

PKP 2.0 kali ini, saya boleh katakan, saya lebih suka masak sendiri. Sebab, sebelum-sebelum ini, saya memang banyak order makanan dari luar menggunakan aplikasi penghantaran seperti Grabfood dan Foodpanda. So, kali ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat saya suka iaitu Wantan Ho Ayam. Resepi ini sangatlah mudah. Baik apa bahan-bahan untuk menyediakan Wantan Ho Ayam?

1. Bahan untuk mi:
  • Mi Kuew Teow (sukatan ikut kesesuaian untuk seorang makan)
  • Kicap masin
  • Minyak masak

2. Bahan untuk kuah:
  • isi ayam dihiris halus (kalau korang suka seafood, gantikan saja ayam ini dengan seafood) 
  • sayur (saya guna sayur sawi)
  • sebiji telur
  • bawang putih dicincang halus
  • cili api dicincang kecil-kecil
  • minyak masak
  • tepung jagung (untuk kuah menjadi pekat)
  • Garam atau perisa lain 

Cara meyediakannya Mi:

1. Panaskan kuali dan tuang sediiiiikit minyak masak. Lepas itu, tuang Mi Kuew Teow, letak juga sedikit kicap masin. Goreng Mi tersebut lebih kurang dalam tiga hingga lima minit dengan api yang kecil. Bila Mi sedikit kekuningan, tutup api dan letak Mi tersebut pada pinggan yang sesuai. Mi saya macam ini lepas digoreng.


Cara menyediakan kuah:

1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan bawang putih dan hirisan cili api (ini terpulang kepada korang, sama ada ditumis bersama atau hanya perlu taburkan semasa hendak menghidang nanti. Saya suka ditumis besama bawang).
3. Masukkan hirisan daging ayam .
4. Tumis campuran bawang, cili api dan daging ayam tadi hingga daging ayam masak.
5. Kemudian masukkan sayur dan gaul sekata. Agak-agak sayur sudah kelihatan terkulai layu, bolehlah masukkan air lebih kurang dalam dua gelas dan biarkan mendidih. Lepas itu bolehlah letakkan perasa (Saya guna serbuk perasa Maggi Cukup Rasa)
6. Bila kuah tadi sudah mendidih, boleh lah ambil separuh sudu makan tepung jagung, bancuh dalam gelas dengan sedikit air kemudian tuang pada kuah yang masih mendidih. Kacau kuah tadi.
7. Kemudian, pecahkan sebiji telur dan letak pada kuah yang masih mendidih. Kacau perlahan-lahan telur tersebut.
8. Siap dan tuang kuah pada Mi yang telah digoreng tadi. Lepas itu, korang bolehlah tabur dengan bawang goreng sebagai penaik rasa. 

Tada.., inilah Wantan Ho Ayam versi saya. Nyummm. 


Selamat mencuba!

25 Jan 2021

Produk Review: Nestle Musang King Ice Cream

January 25, 2021 7 Comments

Siapa pencinta ais krim? Rasanya semua orang suka makan ais krim. Saya pula, memang suka makan ais krim walau tidaklah selalu makan, tapi saya suka mencuba pelbagai jenis ais krim tidak kiralah ais krim murah atau yang mahal (tapi ais krim Godiva tu, belum berani lagi saya cuba. That brand way too pricey for me. Last weekend, akibat godaan seorang kawan saya telah membeli ais krim Nestle Musang King. Kebetulan, memang tiba-tiba teringin makan ais krim dan juga durian. So, dengan harga RM25.50 di kedai Gmart dekat kawasan perumahan saya, tada inilah ais krim itu. 

Nestle Musang King Ice Cream 750ml. Nampak bekas pun sudah menggoda kan. Lepas itu, walau penutup belum dibuka, aroma durian itu sudah terhidu. Yummy!

Diperbuat daripada Musang King sebenar. Gambar durian kat atas penutup tu sangatlah menggoda. Auww, aku tergoda!

Bila buka penutup, ais krim yang nampak keemasan gitu. Warna kuningnya sangat menggoda seperti warna ulas-ulas durian musang king sebenar. Tiba-tiba terasa sayang untuk makan. Haha.

Honestly, the taste is super delicious and not oversweet. The ice cream texture also very soft. Memang puas hatilah makan ais krim Musang King dari Nestle ini. 
So, overall I give 4 stars out of 5. So, korang yang pencinta ais krim tu, apa lagi, trylah ais krim Musang King dari Nestle. 

22 Jan 2021

Tips & Tutorial: Membina Video Pembentangan Menggunakan Canva.com

January 22, 2021 10 Comments

Sesi persekolahan tahun 2021 sudah bermula dan seperti yang kita maklum dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda, amalan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian masih diteruskan bagi hampir kesemua peringkat persekolahan. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara menyediakan video (pengajarankah, resepikah, dan macam-macam) tanpa perlu kita mempunyai channel youtube. Caranya ialah, dengan menggunakan laman canva.com. Bagaimana caranya? Okay, jom kita belajar bersama-sama!

1. Masuk ke page canva.com

2. Signup menggunakan akaun Gmail atau Facebook. Bila berjaya signup dan login guna akaun yang korang pilih, akan keluar paparan seperti gambar berikut. So, bolehlah pilih Presentation tu. 



3. Dalam folder Presentation tu, akan keluar paparan macam ini, dan memang banyak pilihan template. So, pilih mana-mana yang korang suka. Taiplah nota-nota PdPc atau meeting, atau apa-apa sahaja yang korang mahu kongsikan kepada yang berkenaan. Boleh juga masukkan gambar yang berkaitan.


4. After you've done with slides, do click on the three dot (...) and after that click the Present and Record button.

5. After clicking on the Present and Record button, your face will appeared on the screen as shown in the picture below.  Jadi bolehlah adjust-adjust tudung, senyuman, atau usai-usai rambut yang serabai tu. Hahaha. Then, do click on the start recording button to starts your recording.


6. So, while you are presenting your slides, you can see your face (yang sedang bersemangat membentang dan kontrol ayu atau macho tu) di sebelah kiri bawah on your device. After you've done with your presentation, click the end recording button.


7. Bila end recording sudah ditekan, paparan berikut akan muncul, meaning your recording is on it's way for uploading. It's will takes time, depending on your internet connection situation. So, sila lah bersabar. Boleh lah bancuh kopi dulu.


8. Tada, your recording is successfully uploaded and your link also ready to be shared with others via Whatsapp, Telegram, Facebook...etc.


It's easy, right. Bah, selamat bercanva!