(...sambungan coretan perjalanan pada tahun 2019)
Setelah selesai hiking, melihat sunrise dan mengambil gambar di puncak Pulau Padar, kami meneruskan pelayaran ke Pulau Komodo sambil menikmati hidangan sarapan pagi di atas bot. A cruise to Komodo Island from Padar Island takes approximately 1 hour 30 minutes in calm sea waves, ini kata pemandu pelancong kami. Tidak sah lawatan ke gugusan kepulauan Taman Nasional Komodo jika tidak singgah ke Taman Negara Komodo yang terletak di Pulau Komodo. Berbeza dengan Pulau Rinca (sebelum ke Pulau Padar dan ke Pulau Komodo kami telah melawat Pulau Rinca) yang biawak komodonya mudah dilihat, di Pulau Komodo (menurut kata guide) biawak-biawak komodo bersifat liar dan kebarangkalian untuk pengunjung melihat biawak-biawak tersebut adalah tipis walaupun bilangan biawak komodo lebih banyak di Pulau Komodo berbanding di Pulau Rinca.
Berita tentang rancangan penutupan Pulau Komodo kepada pelancong oleh kerajaan Indonesia yang tersebar sejak awal tahun 2019 menguatkan niat kami untuk melawat pulau tersebut. Sewaktu berjalan di kawasan trek mencari biawak Komodo, kami sempat bercerita dengan Ranger yang menemani kami dan ternyata mereka sebenarnya tidak senang dan tidak setuju dengan rancangan penutupan tersebut. Ramai yang akan terkesan akibat daripada penutupan Pulau Komodo. Para Ranger akan kembali menjadi nelayan atau mencari sumber rezeki lain. Mereka juga menyuarakan kebimbangan akan berlaku "pertentangan" penduduk pulau dengan pemerintah seperti yang berlaku di Raja Ampat.
Besarnya biawak komodo
ReplyDeleteSebenarnya tak besar sangat cuma teknik ambil gambar yang menyebabkan biawak tu kelihatan besar..
Deleteantara tempat yang palingggggg saya nak pergi. dah lama pasang impian nak tgk komodo dkt2
ReplyDeletemoga berkesempatan ke sana..
Delete