Vacations Funds

23 Jun 2018

Tips Melakukan Senaman Yoga di Rumah Untuk Level Beginner (Pemula)

June 23, 2018 6 Comments
21. Jun. 2018
Selamat Hari Yoga Sedunia!



Yoga merupakan salah satu cabang senaman atau workout dan tidak dinafikan yoga agak popular dalam kalangan masyarakat masa kini. Secara peribadi, saya sendiri telah menjadikan yoga sebagai rutin senaman harian di rumah sejak hampir 5 tahun yang lalu Oleh kerana kekangan masa serta jarak yang jauh dengan kelas yoga, saya adalah golongan “self-taught yogini” iaitu melakukan senaman yoga di rumah dan belajar melalui youtube , artikel tentang yoga serta perkongsian rakan-rakan lain yang mengamalkan senaman yoga.

Melakukan senaman yoga di rumah secara sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan motivasi diri yang tinggi. Walau bagaimanapun, ianya bukan juga terlalu sukar. Bilang urang Sabah, dari kita saja bah itu. Kalau mahu seribu daya, kalau tak mahu, lupakan saja. Dalam kemajuan teknologi kini, kita boleh saja mencari info tentang yoga dan memang banyak perkongsian tentang cara-cara melakukan yoga sama ada untuk level beginner hingga level yang expert. Anyway, saya ingin berkongsi beberapa tips melakukan yoga di rumah untuk peringkat beginner.
  • Lakukan aktiviti warming up terlebih dahulu sebelum melakukan yoga. Warming up ini adalah seperti jogging dan regangan badan dan otot. Lakukan dalam jangka masa 10-15 minit. Warming up penting agar otot-otot badan kita bersedia dan tidak terkejut untuk melakukan yoga pose. 
  • Pakai pakaian yang sesuai dan selesa. Pakaian yang ringan, nipis serta jenis kain yang "stretchable" amat digalakkan ketika melakukan yoga.
    • Sediakan yoga mat (ini tidaklah wajib sangat, tetapi untuk keselesaan). Yoga mat ini digunakan sebagai alas ketika kita melakukan yoga. Tidak perlulah beli yang mahal, Harga RM20-30 sudah cukup selesa. 
     
    • Pilihlah tempat yang selesa. Jika memilih untuk melakuka yoga di dalam rumah, pilih sudut yang selamat (jauh dari benda-benda yang boleh jatuh). Jika di luar rumah, pastikan kawasan tersebut bebas dari sebarang bahaya seperti benda-benda tajam dan tempat yang redup.
      • Pilih hanya 1-3 pose yoga yang hendak dipelajari dalam 1 sesi. Perkara ini penting agar kita dapat menguasai pose-pose tersebut dengan lebih baik. Tidak payahlah gelojoh mencuba untuk melakukan banyak pose dalam 1 sesi.
      • Rakam setiap sesi yoga. Ini penting supaya kita boleh melihat semula cara kita melakukan setiap pose yoga dan mengesan kesilapan yang kita lakukan. Kita boleh membandingkan cara kita melakukan pose yoga dengan pose yang terdapat di youtube. So kita boleh memperbaiki kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.
       
      • Rajinkan diri untuk belajar setiap pose. Selain membaca artikel tentang pose tersebut, sangatlah digalakkan untuk menonton video bagaimana pose tersebut dilakukan. Jika video-video di youtube terlalu panjang, boleh cari video-video pendek tentang pose yoga di IG ataupun FB. Jangan teragak-agak untuk mengikuti IG para pengamal yoga kerana mereka biasanya berkongsi banyak tips.
      • Utamakan progress, bukan perfection. Well, untuk level beginner jangan lah terlalu cepat untuk mencapai levelnperfection dalam setiap pose yang anda lakukan. Memang payah untuk capai tahap prsebut. Oleh sebab itu, adalah lebih baik tumpuhkan kepada progress untuk setiap pose yang dilakukan.
      • Sabar dan relax semasa melakukan yoga. Relax kan fikiran dan hati. Yoga bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi juga membantu kita meningkatkan kesabaran dalaman diri. Bagaimana? Nah, kena cuba untuk beryoga barulah anda tahu proses kesabaran tersebut. 
      Nah, itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan. Jika inginkan tips lain, boleh godek-godek dalam internet dan boleh lah aplikasikan tips tersebut. Selamat mencuba senaman yoga.

      24 Feb 2018

      Review Produk: Muka Segar dengan Eucerin DermatoClean Clarifying Toner

      February 24, 2018 9 Comments

      Assalamualaikum.
       
      First, thanks to a friend for recommended this brand to me. In fact she is the one suggested me to try Cetaphil Brand as well. I have been using Eucerin DermatoClean Clarifying Toner for almost 2 months, and yes I think it is a perfect time to share my personal review about this product. Tapi sebelum itu mari kita sama-sama refresh semula secara ringkas pengetahuan kita tentang toner ataupun penyegar.
      Apa itu toner ?Toner adalah asas untuk kecantikan kulit terutama pada kulit wajah yang membantu untuk mengecutkan pori, menghilangkan kulit-kulit mati dan seterusnya menyegarkan kulit.
      Pentingkah memakai toner? Ya, bagi saya sangat penting.
       
      Eucerin DermatoClean Clarifying Toner.
      I get my 200ml bottle at the Guardian’s Personal Beauty Shop (forgot the price because I bought few more items on that day and all together total RM150 ). Well, the packaging (as you can see here) isn’t very fashionable and for me a little bit big for travel. But do not worry too much about that. We can always pour adequate amount into a small bottle, do the labeling and pack it into the bag and leave the big bottle at home.
      Toner ini sesuai untuk semua jenis kulit dan tested pada kulit yang sensitif. Nah agak sesuai untuk saya yang berkulit sensetif. Selain itu, kandungannya juga bebas dari alcohol, pewangi, pewarna dan parabens. Jadi saya tidak berasa was-was hendak menggunakannya.

      Bagaimana cara menggunakan toner ini?
      Tuang sedikit pada kapas muka dan sapu pada keseluruhan muka. Secara serta merta kita akan merasakan ksesegaran pada kulit muka. Use it at morning and evening as last step of our cleansing routine.

      Kesan penggunaan toner ini?
      Kulit muka menjadi bersih, segar dan lembap. Apa yang bestnya bila memakai toner ini, tidak ada rasa melekit pada kulit muka (seperti tidak memakai apa-apa pun). Sehingga ke hari ini, tidak ada rasa gatal atau ketidakselesaan pada kulit muka saya apabila menggunakan toner ini. So, tidak ada masalah keradangan pada kulit.

      Apakah saya  merekomendasikan anda untuk mencuba toner ini?
      Ya, kepada anda yang masih tercari-cari toner atau bercadang untuk menukar toner lama anda, I highly recommend you to give a try the Eucerin DermatoClean Clarifying Toner. Walau bagaimanapun,  harus kita fahami kesan pemakaian setiap produk berbeza bagi setiap orang dan kesannya akan berubah mengikut umur atau hormon seseorang.

      21 Feb 2018

      Memories In Bali

      February 21, 2018 5 Comments
      Assalamualaikum.
      This is a post about my memories in Bali, back in 2015.
       
      Upon arrived at the Ngurah Rai International Airport Arrival Hall. Tour & Travel Agent Representatives are waiting and holding a piece of paper with the name of person/group written on it. I can say, maybe more than 50 representatives. It’s not easy to spot your name, so you have to read each of the paper or hear your name being called by them carefully. It took about 10 minutes for me and friends to find our new friend, Iskandar.
      We spent 5D4N at The Flora Kuta Bali Hotel. I booked through Booking.com.Why I choosed this hotel? Well after reading good reviews through Tripadvisor.com. Yes, this hotel offer a strategic location which is only 5-7 minutes walking to the center of Kuta.
      A breathtaking sunset view at Kuta Beach. 15 minutes walking from the hotel we stayed. My travel buddies making a love sign while I shot the moment.
      At the Tegalalang Rice Terrace. Located in Ubud, a must visit place when you are having vacation in Bali. A beautiful place but unfortunately, it's paddy harvesting season in Ubud when we were there and most of the paddy has been harvested.
      This is me, buying fruits at one of the stall along to road to Kintamani.
      Tanah Lot Temple ( Pura Tanah Lot)
      Ulun Danu Beratan Temple. This temple is set at lakeside of Beratan and located at Candi Kuning Countryside. It's took about 2-3 hours to get here from Kuta.
      At the Hard Rock Cafe, Bali
      A view at  Pandawa Beach. A very beautiful beach. We do Kayaking here, in the middle of a very hot day.
      A beautiful view at Uluwatu Cliff.
      A civet in a cage. I somehow feels pity of this creature. Most of them are fall asleep when we visiting A Luwak Coffee Garden in Ubud.
      This is a Civet poop before processed and become the most expensive Coffee in the world, The Coffee Luwak. How does the Coffee Luwak taste? I only had a little sip of the coffee, I can't comment more. But to be honest, it was just an ordinary taste to me, nothing so special.
      Drop by for a while at The Batik making Factory after visiting Painting Gallery and  Jewellery Making Factory in Ubud.
      The Statue of Vishnu (Patung Wisnu) a the Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. 

      Thank you for reading my post.
       

      17 Feb 2018

      Sistem e-Gtukar Guru 2018

      February 17, 2018 8 Comments
      Pertukaran Guru antara bahagian/ negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia kini dibuka bermula pada 18 Februari 2018 sehingga 25 Mac 2018.
      Guru-guru dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem e-Operasi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dalam talian. Permohonan dalam talian boleh dibuat melalui laman e-Gtukar di bawah.

      12 Feb 2018

      Review Produk: Selamat Tinggal Kulit Kering dengan Cetaphil Moisturizing Lotion

      February 12, 2018 5 Comments
      Bekerja di Padang Sekolah, terdedah dengan panas matahari dan kadang-kadang hujan panas selama 4 minggu baru-baru ini meninggalkan kesan pahit dan manis kepada diri saya. Well, yang manis tentunya bila usaha yang ditabur tidak sia-sia, tetapi yang pahitnya tona kulit saya menjadi tidak sekata dan juga menjadi KERING dan kusam. Selain pada tangan dan kaki, masalah kulit kering yang saya hadapi juga sangat ketara pada kedua hujung bibir dan juga pada kedua belah pipi (kulit mengupas)- sayang sangat sebab saya tidak mengambil gambar keadaan kulit pipi dan hujung bibir ketika mengalami masalah tersebut. Walaupun sudah memakai BB cream yang ada pelembab serta bedak, kulit kering tersebut masih tidak dapat disembunyikan.

      Kebetulan Kedai Penjagaan Peribadi Watson sedang mengadakan Sales, saya tertarik untuk membeli Cetaphil Moisturizing Lotion setelah diperkenalkan oleh seorang rakan yang tinggal di US dan setelah membaca review orang tentang kebaikan produk tersebut. Saya membeli botol besar 200ml pada harga RM63.34 selepas diskaun. 
      Setelah menggunakan Lotion tersebut selama 6 hari serta disiplin minum air dengan banyak, masalah kulit kering pada pipi dan hujung bibir telah hilang sepenuhnya. Garisan putih dan seperti bersisik (apabila kita membuat garisan menggunakan jari pada kulit kering) pada kaki dan tangan juga telah berkurangan.

      Apa yang bestnya dengan Lotion ini? Ianya lotion 2 in 1, sesuai untuk semua jenis kulit serta boleh digunakan pada muka dan pada badan. Jadi tidak perlulah lagi membeli Lotion pelembap untuk muka dan badan secara berasingan. Selain itu, lotion ini bagi saya sangat ringan dan tidak melekit. Lotion ini juga bebas dari Paraben (bahan pengawet untuk mencegah pertumbuhan bakteria) serta non-comedogenic (bahan-bahan yang tidak menyebabkan pori-pori kulit tertutup).

      Secara peribadi, saya berpuas hati dengan pembelian saya akan Cetaphil Moisturizing Lotion ini dan dengan gembiranya saya mengatakan: Selamat Tinggal Kulit Kering dengan Cetaphil Moisturizing Lotion!

      10 Feb 2018

      Tawaran Permohonan Penajaan / Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

      February 10, 2018 7 Comments

      Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Program Penajaan / Cuti Bergaji Penuh (CBP) bagi mengikuti Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara separuh masa / sepenuh masa di Universiti awam dalam dan luar negara bagi tahun 2018.

       


      Google Imej

      PPP yang berminat untuk memohon perlulah mengemas kini maklumat dalam e-operasi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan serta tatacara memohon bolehlah diteliti secara lanjut melalui laman epenawaran di bawah.


      Semoga berjaya dalam permohonan anda

      4 Feb 2018

      Tips Mendaki Bukit

      February 04, 2018 7 Comments
      Saya berkesempatan mendaki Bukit Nuluh Lapai yang terletak di kawasan Kampung Lapasan Telipok,  semasa saya berada di Kota Kinabalu baru-baru ini. Pendakian ini adalah pendakian impromptu kerana hanya dimaklumkan oleh kawan yang ingin mendaki pada jam 6 pagi hari tersebut. Nasib baiklah, jarak rumah saya berdekatan dengan Bukit Nuluh Lapai, iaitu hanya mengambil masa 5 minit pemanduan.
      Jika jumpa Papan Tanda ini, maka anda berada di kaki Bukit Nuluh Lapai

      Pilihan di tangan anda

      Untuk mendaki bukit ini. para pendaki mempunyai 2 pilihan laluan iaitu sama ada menggunakan laluan pertama yang jaraknya 980 meter atau memililh menggunakan laluan kedua sejauh 1.2km. Oleh kerana sudah lama tidak mendaki bukit, kami memilih menggunakan laluan pertama. Kami mendaki dengan pelahan-lahan dan  mengambil masa selama 27 minit untuk sampai ke puncak.
      Sebahagian Trail pendakian

      Di pertengahan pendakian, kita boleh melihat pemandangan yang indah

      Bukti berjaya sampai ke puncak Bukit Nuluh Lapai

      Kawan mendaki

      Aktiviti mendaki bukit telah menjadi trend gaya hidup pada masa kini. Suatu perkara yang agak baik kerana menunjukkan masyarakat semakin sedar akan pentingnya senaman dan riadah dalam kehidupan. Bagi yang berazam untuk mendaki gunung pula, biasanya mereka mendaki bukit secara kerap untuk menguatkan stamina dan mental. Baik, kepada yang ingin mencuba mendaki bukit atau baru berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit, di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya aplikasikan semasa melakukan aktiviti mendaki.
      1. Pakai pakaian yang sesuai dan ringan dan mudah menyerap peluh. Janganlah pakai jeans, kurang sesuai gitu.
      2. Pakai kasut yang sesuai yang boleh memberikan cengkaman baik pada permukaan yang licin. Kalau mampu, boleh beli kasut khas untuk mendaki,  tapi boleh bah cuba kasut yang popular di kalangan orang Sabah – Kasut Adidas Kampung.
      3. Lakukan regangan ringan pada otot sebelum memulakan pendakian. Ini untuk mengelakkan otot-otot kejang dan badan kita terkejut.
      4. Bacalah doa sebelum mendaki.
      5. Sentiasa membawa air dalam bekas kecil. Mana tahu haus dan penat sepanjang pendakian. 
      6. Mendakilah bersama kawan atau dalam kumpulan. Jika terpaksa mendaki secara solo, pastikan jarak dengan pendaki lain tidak jauh. Aspek ini penting supaya pendaki lain sedar jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kita.
      7. Mendakilah dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Tidak salah jika berehat sebentar untuk menghilangkan penat.
      8. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan agar oksigen boleh masuk dengan baik dalam paru-paru kita.
      9. Ambil masa untuk menikmati keindahan persekitaran alam sepanjang pendakian. Boleh ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
      10. Elakkan cakap besar atau  menegur benda-benda yang kelihatan pelik. Selain itu, tidak payahlah petik bunga-bunga hutan yang cantik tu. Cukuplah dengan mengambil gambar sahaja.
      11. Bawa sedikit duit, sebab di puncak bukit biasanya ada orang berjualan. Boleh lah membeli dan juga menderma pada tabung bukit.
      Selamat mendaki dan terus amalkan gaya hidup yang sihat.

      21 Jan 2018

      Tips untuk menghindari Kopi

      January 21, 2018 10 Comments

      Apabila kita mendengar tentang kopi, penggemar kopi pasti akan terbayang akan keenakkan rasa kopi. Kopi O panas, kopi O Ping/ ais, kopi susu dan pelbagai lagi resepi minuman kopi yang sememangnya sangat enak. Maka tidak hairanlah ramai yang ketagih dengan minuman kopi. Secara umumnya kita mengetahui bahawa kopi mengandungi kafein yang mana jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan dan seterusnya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan seseorang. Kesan-kesan tersebut tidak sama dan bergantung kepada penerimaan tubuh badan setiap individu. Bagi mereka yang ingin untuk berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, berikut merupakan perkongsian saya hasil daripada bacaan terhadap beberapa artikel atau tulisan dari Internet.

      Ehsan Google
      Kurangkan pengambilan kopi dalam sehari
      Jika sebelum ini anda mengambil kopi sebagai minuman harian (pagi, tengahari, petang dan malam), cuba kurangkan kebergantungan anda pada kopi, iaitu hanya mengambil sekali atau dua kali dalam sehari. Selain itu, jika gelas yang anda gunakan untuk minum kopi adalah gelas yang besar, cuba tukarkan gelas tersebut kepada gelas yang lebih kecil.
      Tukar kepada minuman lain
      Kebiasaan bagi penggemar kopi, mereka akan memulakan hari dengan segelas kopi. Cuba usahakan untuk mengubah tabiat ini dengan menukar kepada minuman lain seperti Susu Kambing, Teh Hijau, Milo atau minuman lain yang tidak mengandungi kafein.
      Ambil gula-gula
      Keinginan untuk minum kopi biasanya disebabkan oleh keinginan untuk menikmati sesuatu yang manis. Oleh sebab itu, individu yang ingin mengurangkan kebergantungan kepada kopi disarankan agar mengambil sesuatu yang manis seperti gula-gula untuk mengelakkan daripada mengambil kopi.
      Tidur yang cukup
      Biasanya individu mengambil kopi untuk melawan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari untuk mengelakkan rasa mengantuk.
      Banyakkan minum air kosong
      Rasa haus salah satu punca seseorang itu inginkan kopi, oleh sebab itu dinasihatkan agar minum air kosong dengan banyak untuk melawan rasa haus dan keinginan untuk menikmati kopi.

      Perkongsian peribadi
      Tarikh 21 Jan 2018 merupakan bulan ke-4 saya bebas daripada kopi. Saya berhenti mengambil kopi secara drastik iaitu tidak melalui fasa mengurangkan pengambilan kopi tetapi sebaliknya terus menghindari kopi secara total bermula pada tarikh 21/9/2017. Ianya bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan “peralihan” emosi yang kuat. Pada hari pertama hingga hari ketiga tanpa kopi saya sering “bad mood” dan tidak bermaya. Saya juga selalu berasa sangat mengantuk dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja.

      Masuk pada minggu kedua, saya mengubati keinginan untuk menikmati kopi dengan memasak puding perisa kopi yang akhirnya hanya dibuang begitu sahaja. Untuk melawan rasa keinginan pada kopi saya menukar rutin minum pagi kepada air Limau dan minum air kosong dengan banyak. Ada saat-saatnya, melihat gambar kopi membuat saya rasa sedih kerana saya masih mengingati rasa kopi yang sedap. 

      Walau bagaimanapun, pada minggu ke-4 saya sudah berjaya melawan fasa-fasa ketagihan kepada kopi dan  keinginan untuk minum kopi sudah beransur hilang hinggalah sekarang, masuk bulan yang ke-4 bebas tanpa kopi. Kepada yang ingin berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, kuatkan tekad, Melawan ketagihan itu bukan suatu yang mudah tetapi bukan juga suatu yang mustahil. Moga anda berjaya.