Vacations Funds

21 Jan 2018

Tips untuk menghindari Kopi


Apabila kita mendengar tentang kopi, penggemar kopi pasti akan terbayang akan keenakkan rasa kopi. Kopi O panas, kopi O Ping/ ais, kopi susu dan pelbagai lagi resepi minuman kopi yang sememangnya sangat enak. Maka tidak hairanlah ramai yang ketagih dengan minuman kopi. Secara umumnya kita mengetahui bahawa kopi mengandungi kafein yang mana jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan dan seterusnya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan seseorang. Kesan-kesan tersebut tidak sama dan bergantung kepada penerimaan tubuh badan setiap individu. Bagi mereka yang ingin untuk berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, berikut merupakan perkongsian saya hasil daripada bacaan terhadap beberapa artikel atau tulisan dari Internet.

Ehsan Google
Kurangkan pengambilan kopi dalam sehari
Jika sebelum ini anda mengambil kopi sebagai minuman harian (pagi, tengahari, petang dan malam), cuba kurangkan kebergantungan anda pada kopi, iaitu hanya mengambil sekali atau dua kali dalam sehari. Selain itu, jika gelas yang anda gunakan untuk minum kopi adalah gelas yang besar, cuba tukarkan gelas tersebut kepada gelas yang lebih kecil.
Tukar kepada minuman lain
Kebiasaan bagi penggemar kopi, mereka akan memulakan hari dengan segelas kopi. Cuba usahakan untuk mengubah tabiat ini dengan menukar kepada minuman lain seperti Susu Kambing, Teh Hijau, Milo atau minuman lain yang tidak mengandungi kafein.
Ambil gula-gula
Keinginan untuk minum kopi biasanya disebabkan oleh keinginan untuk menikmati sesuatu yang manis. Oleh sebab itu, individu yang ingin mengurangkan kebergantungan kepada kopi disarankan agar mengambil sesuatu yang manis seperti gula-gula untuk mengelakkan daripada mengambil kopi.
Tidur yang cukup
Biasanya individu mengambil kopi untuk melawan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari untuk mengelakkan rasa mengantuk.
Banyakkan minum air kosong
Rasa haus salah satu punca seseorang itu inginkan kopi, oleh sebab itu dinasihatkan agar minum air kosong dengan banyak untuk melawan rasa haus dan keinginan untuk menikmati kopi.

Perkongsian peribadi
Tarikh 21 Jan 2018 merupakan bulan ke-4 saya bebas daripada kopi. Saya berhenti mengambil kopi secara drastik iaitu tidak melalui fasa mengurangkan pengambilan kopi tetapi sebaliknya terus menghindari kopi secara total bermula pada tarikh 21/9/2017. Ianya bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan “peralihan” emosi yang kuat. Pada hari pertama hingga hari ketiga tanpa kopi saya sering “bad mood” dan tidak bermaya. Saya juga selalu berasa sangat mengantuk dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja.

Masuk pada minggu kedua, saya mengubati keinginan untuk menikmati kopi dengan memasak puding perisa kopi yang akhirnya hanya dibuang begitu sahaja. Untuk melawan rasa keinginan pada kopi saya menukar rutin minum pagi kepada air Limau dan minum air kosong dengan banyak. Ada saat-saatnya, melihat gambar kopi membuat saya rasa sedih kerana saya masih mengingati rasa kopi yang sedap. 

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-4 saya sudah berjaya melawan fasa-fasa ketagihan kepada kopi dan  keinginan untuk minum kopi sudah beransur hilang hinggalah sekarang, masuk bulan yang ke-4 bebas tanpa kopi. Kepada yang ingin berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, kuatkan tekad, Melawan ketagihan itu bukan suatu yang mudah tetapi bukan juga suatu yang mustahil. Moga anda berjaya.

12 comments:

  1. sy pulak hampir terjebak dgn ketagihan kopi. tiap kali bersarapan mesti ada. sy pun buat langkah drastik. stop terus. tiap kali ada keinginan nk minum sy fikirkn psl kencing manis laa, skt buah pinggang laa pastu trs hilang keinginan tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat langkah drastik stop kopi sebab belakang tengkuk selalu sakit, kepala selalu pening. Bila sdh stop minum kopi alhamdulillah semua sakit2 tu hilang. Sy ada baca, kopi boleh mybbkan tekanan darah tinggi.

      Delete
  2. semenjak saya sakit beberapa tahun yang lalu, saya selalu berpuasa dan akhirnya lama kelamaan kebiasaanku minum kopi menjadi sirna
    alhamdulillah
    Memang kopi ini ada yang menganggap tidak baik bagi kesehatan, termasuk saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, kopi mungkin baik pada sesetengah orang namun tidak baik pada sesetengah orang. Jika sudah ketagih dan mengalami simptom2 yang tidak normal pada tubuh, amat baik jika kita berhenti mengkomunsinya.

      Delete
  3. late ly saya mmg suka kopi sjk dlm pantang 10 bulan lalu... dah bertahn2 tak minum dlm pantang tu mula minum sampai skang melekat kopi.... nce info... salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau badan tak menampakkan sebarang rasa penolakan pada kopi, tidak mengapa. Saya ada juga membaca banyak artikel tentang kebaikan kopi. Salam kenal juga.

      Delete
  4. Mama kalau gian sgt minum suku cawan aje kopi

    ReplyDelete
  5. wak dulu mmg sukak minum kopi., tp one day pas minum kopi mcd wak terkena allergik., sakit perut smpi masuk spital., skrg wak minum teh o sahaja., kurang manis ;p

    ps. btw, ahkak x bgtau pon sbb utama berenti minum kopi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sekarang more to tea. Sebab stop minum kopi tu,..hehe, sebab kalau minum kopi mesti kena ada gula baru sedap kan. Jadi sebab utama saya stop minum kopi dulu sebab saya terlalu ketagih dengan manis dan kopi. Tapi start Sept 2018-31/12/2020 saya kembali semula kepada kopi cuma tidak sekerap dulu. Untuk 2021, saya usahakan untuk kurangkan lagi minum kopi dan ganti dengan tea.

      Delete

Thank you for visiting my page and for your comments too.