Hari ketiga kami hanya merancang untuk melawat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Seawal jam 8.30 pagi saya dan
Mimi meneroka kawasan sekitar Kampung Glam yang terkenal dengan lukisan mural
yang cantik di Singapura.
Mural yang cantik di sekitar Kampung Glam
Mimi berjalan menyusuri lorong kedai yang belum beroperasi.
Cute kan lot kedai ini
Kemudian kami berpusing menuju ke
Masjid Sultan. Masjid Sultan ini merupakan Masjid yang terbesar di Singapura,
terletak di kawasan Kampung Glam menjadi salah satu tarikan pengunjung ke
tempat tersebut.
Masjid Sultan, Singapura
Kemudian kami membeli belah
ole-ole di kedai-kedai yang berdekatan dengan Masjid Sultan.
Bye, Singapura
Sekitar jam 11.00 pagi, selepas packing barang-barang dan check out, kami
meninggalkan hostel dan menuju ke Station Bas ke Johor. Setiba di Lapangan
Terbang Senai, kami berpisah untuk balik ke tempat masing-masing- Saya ke Kota Kinabalu, Mimi dan Vera Ke Kuala Lumpur.
Bagaimana perasaan bercuti di
Singapura? Menyeronokkan. Walau bagaimanapun sedikit kekesalan dalam hati
kerana tidak mengambil gambar-gambar kenangan yang banyak sewaktu berada di
sana dek kerana kepenatan. Ya, percutian kali ini memang menyeronokkan tetapi
agak penat kerana jadual perjalanan yang singkat dan padat.
bagus tuh masjid Sultan di Singapura
ReplyDeletedaya tarik yang bagus
Ya, memang ramai orang yang datang berkunjung ke Masjid ini.
DeleteSingapura negara yang paling bersih dan paling tertib, mesjid Sultan pun jadi sangat ciamik dan pastinya menyejukkan hati ketika kita berkesempatan sholat di mesjid tersebut deh
ReplyDeleteMaju, Bersih dan teratur.
Deleteantara tmpt yg wajib terjah bla ke singapore...
ReplyDelete