Vacations Funds

25 Jan 2021

Produk Review: Nestle Musang King Ice Cream

Siapa pencinta ais krim? Rasanya semua orang suka makan ais krim. Saya pula, memang suka makan ais krim walau tidaklah selalu makan, tapi saya suka mencuba pelbagai jenis ais krim tidak kiralah ais krim murah atau yang mahal (tapi ais krim Godiva tu, belum berani lagi saya cuba. That brand way too pricey for me. Last weekend, akibat godaan seorang kawan saya telah membeli ais krim Nestle Musang King. Kebetulan, memang tiba-tiba teringin makan ais krim dan juga durian. So, dengan harga RM25.50 di kedai Gmart dekat kawasan perumahan saya, tada inilah ais krim itu. 

Nestle Musang King Ice Cream 750ml. Nampak bekas pun sudah menggoda kan. Lepas itu, walau penutup belum dibuka, aroma durian itu sudah terhidu. Yummy!

Diperbuat daripada Musang King sebenar. Gambar durian kat atas penutup tu sangatlah menggoda. Auww, aku tergoda!

Bila buka penutup, ais krim yang nampak keemasan gitu. Warna kuningnya sangat menggoda seperti warna ulas-ulas durian musang king sebenar. Tiba-tiba terasa sayang untuk makan. Haha.

Honestly, the taste is super delicious and not oversweet. The ice cream texture also very soft. Memang puas hatilah makan ais krim Musang King dari Nestle ini. 
So, overall I give 4 stars out of 5. So, korang yang pencinta ais krim tu, apa lagi, trylah ais krim Musang King dari Nestle. 

7 comments:

  1. nad makan durian, tapi tak makan bende yg berproses yg menjadikan durian, mcm askem durian, gula gula perisa durian.hahah nad pelik sket.

    ReplyDelete
  2. ada nampak aritu tp bla tgk harga trs tangan capai yg lain��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya time beli, memang merenung lama juga. Tapi, lepas itu tutup mata dan ambil terus. Haha

      Delete
  3. Lama suda aku cubuk2 ni cath... Klu ko bilang sedap, mo beli jugalah ni

    ReplyDelete
  4. Haha Godiva tu Cik TK pun tak pernah try.

    Aiskrim durian ni ada juga nampak lalu lalang di instagram, whatsapp status kawan-kawan. Tapi belum jumpa lagi di kedai.. teringin juga nak rasa. Semua kata sedap!

    ReplyDelete
  5. Tu dia.. warna kuning dia sebijik2 cam durian musang king sebenar

    ReplyDelete

Thank you for visiting my page and for your comments too.