Tadi siang tiba-tiba datang mood memasak. Kebetulan teringin untuk makan peria goreng rangup, so saya rajinkan diri untuk mencuba memasak menu tersebut berpandukan resepi yang ada dalam internet, cuma saya tambah dan kurangkan mana-mana yang patut mengikut citarasa perut saya.
Okey untuk memasak peria goreng rangup ini, tidaklah payah sangat, apa yang penting bahan kena ada dan kena rajin lah. Baik saya kongsikan bahan-bahan peria goreng rangup versi saya.
- Buah peria (saya guna dua biji peria - sebab memang plan untuk sayur for dinner dan juga for snacking time.
- Tepung serbaguna 2 cawan (any brand can, saya guna tepung serbaguna jenama Adabi)
- Tepung Jagung 1 cawan
- Tepung beras 1 cawan
(Ukuran cawan itu, saya guna cawan cupak nasi kecil - tapi ikut kesesuaian juga, so petuanya ialah, "agak-agak" saja)
- Cili api dipotong kecil (ikut suka hati berapa biji)
(Daun kari dan cili api tu sebagai penaik seri dan rasa masakan saja, tidak ada pun tidak mengapa)
Bila bahan sudah disediakan, so kena bersihkan buah peria dan buang bijinya. Hiris halus-halus mengikut kesesuaian hati sendiri (kalau tengah marah or membayangkan janji bekas BF yang curang tu, boleh lah menghiris peria sambil membayangkan bahawa korang menghiris si pencurang itu. Hahaha). Ada orang yang akan rendam hirisan daun peria dalam air garam supaya mengurangkan rasa pahit, tapi saya tidak buat sebab saya tidak ada masalah dengan rasa pahit buah peria.
Lepas itu, toskan hirisan peria itu sebentar. Agak-agak hirisan peria sudah kering sikit, boleh lah letak tiga tepung bersaudara pada hirisan-hirisan peria. Gaul hingga sekata. Kalau mahu tambah perisa, bolehlah letak garam tapi rasanya tidak perlu sangat sebab tepung serbaguna tadi tu, sudah mempunyai perisanya. Perap seketika adunan tadi. Lebih kurang 10 minit. Agak-agak adunan sudah sebati, bolehlah panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah sehingga warna peria kekuningan. Angkat dan letak pada bekas yang cantik (ya lah, kan kena ambil gambar. Hehe).
Lepas itu goreng pula cili api potong dan daun kari, kemudian taburkan pada peria goreng tadi. So, tada..Inilah hasil peria goreng rangup saya.
Memang nampak sedap, Kay! Saya tak pernah goreng rangup macam ni, selalu masak tumis air saja. Boleh try nanti. :)
ReplyDeleteSaya pun suka tumis begitu saja tapi semalam tu tiba-tiba teringin cuba resepi yang masak garing-garing pula.
Deleteada lagi x? nak sikit hehehe
ReplyDeleteSorry, sudah habis dibedal. haha
Deletemantap
ReplyDeletedelicious...
Thanks Obat. Memang sedap.
DeleteSedapnya makan fresh from kuali panas panas. Buat kudapan makan dengan nasi pun terbaik ni.
ReplyDeleteSedap tu,di sini ada yg mengoreng dgn kuning telor masin
ReplyDeleteMo dicuba juga lah ni 😁
ReplyDeleteyummy fav ni..
ReplyDeletelama suda nda masak ni
Sedapnyaa
ReplyDeletetak pernah makan..tp nak tanya...peria tak pahit ke klo bila digoreng mcm tu?
ReplyDeletePahit tapi taklah pahit sangat..tapi rasa pahit ni subjektif juga sebab saya tidak ada masalah dengan rasa pahit peria, so bagi saya tak terasa pahit sangat.
DeleteOh nampak sedap!! Kalau Cik TK rendam dulu dengan air garam kot. Supaya kurang pahit...
ReplyDelete