Vacations Funds

19 Jan 2021

Saya Memasak: Peria Goreng Rangup

Tadi siang tiba-tiba datang mood memasak. Kebetulan teringin untuk makan peria goreng rangup, so saya rajinkan diri untuk mencuba memasak menu tersebut berpandukan resepi yang ada dalam internet, cuma saya tambah dan kurangkan mana-mana yang patut mengikut citarasa perut saya. 

Okey untuk memasak peria goreng rangup ini, tidaklah payah sangat, apa yang penting bahan kena ada dan kena rajin lah. Baik saya kongsikan bahan-bahan peria goreng rangup versi saya.


- Buah peria (saya guna dua biji peria - sebab memang plan untuk sayur for dinner dan juga for snacking time.


- Tepung serbaguna 2 cawan (any brand can, saya guna tepung serbaguna jenama Adabi)

- Tepung Jagung 1 cawan

- Tepung beras 1 cawan

(Ukuran cawan itu, saya guna cawan cupak nasi kecil - tapi ikut kesesuaian juga, so petuanya ialah, "agak-agak" saja)

- Daun kari (ikut suka hati berapa helai)

- Cili api dipotong kecil (ikut suka hati berapa biji)

(Daun kari dan cili api tu sebagai penaik seri dan rasa masakan saja, tidak ada pun tidak mengapa)


Bila bahan sudah disediakan, so kena bersihkan buah peria dan buang bijinya. Hiris halus-halus mengikut kesesuaian hati sendiri (kalau tengah marah or membayangkan janji bekas BF yang curang tu, boleh lah menghiris peria sambil membayangkan bahawa korang menghiris si pencurang itu. Hahaha). Ada orang yang akan rendam hirisan daun peria dalam air garam supaya mengurangkan rasa pahit, tapi saya tidak buat sebab saya tidak ada masalah dengan rasa pahit buah peria.


Lepas itu, toskan hirisan peria itu sebentar. Agak-agak hirisan peria sudah kering sikit, boleh lah letak tiga tepung bersaudara pada hirisan-hirisan peria. Gaul hingga sekata. Kalau mahu tambah perisa, bolehlah letak garam tapi rasanya tidak perlu sangat sebab tepung serbaguna tadi tu, sudah mempunyai perisanya. Perap seketika adunan tadi. Lebih kurang 10 minit. Agak-agak adunan sudah sebati, bolehlah panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah sehingga warna peria kekuningan. Angkat dan letak pada bekas yang cantik (ya lah, kan kena ambil gambar. Hehe).


Lepas itu goreng pula cili api potong dan daun kari, kemudian taburkan pada peria goreng tadi. So, tada..Inilah hasil peria goreng rangup saya.


Sedap!

Selamat mencuba.

14 comments:

  1. Memang nampak sedap, Kay! Saya tak pernah goreng rangup macam ni, selalu masak tumis air saja. Boleh try nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka tumis begitu saja tapi semalam tu tiba-tiba teringin cuba resepi yang masak garing-garing pula.

      Delete
  2. Sedapnya makan fresh from kuali panas panas. Buat kudapan makan dengan nasi pun terbaik ni.

    ReplyDelete
  3. Sedap tu,di sini ada yg mengoreng dgn kuning telor masin

    ReplyDelete
  4. yummy fav ni..
    lama suda nda masak ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan..tp nak tanya...peria tak pahit ke klo bila digoreng mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit tapi taklah pahit sangat..tapi rasa pahit ni subjektif juga sebab saya tidak ada masalah dengan rasa pahit peria, so bagi saya tak terasa pahit sangat.

      Delete
  6. Oh nampak sedap!! Kalau Cik TK rendam dulu dengan air garam kot. Supaya kurang pahit...

    ReplyDelete

Thank you for visiting my page and for your comments too.