Vacations Funds

22 Jan 2021

Tips & Tutorial: Membina Video Pembentangan Menggunakan Canva.com

Sesi persekolahan tahun 2021 sudah bermula dan seperti yang kita maklum dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda, amalan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian masih diteruskan bagi hampir kesemua peringkat persekolahan. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara menyediakan video (pengajarankah, resepikah, dan macam-macam) tanpa perlu kita mempunyai channel youtube. Caranya ialah, dengan menggunakan laman canva.com. Bagaimana caranya? Okay, jom kita belajar bersama-sama!

1. Masuk ke page canva.com

2. Signup menggunakan akaun Gmail atau Facebook. Bila berjaya signup dan login guna akaun yang korang pilih, akan keluar paparan seperti gambar berikut. So, bolehlah pilih Presentation tu. 



3. Dalam folder Presentation tu, akan keluar paparan macam ini, dan memang banyak pilihan template. So, pilih mana-mana yang korang suka. Taiplah nota-nota PdPc atau meeting, atau apa-apa sahaja yang korang mahu kongsikan kepada yang berkenaan. Boleh juga masukkan gambar yang berkaitan.


4. After you've done with slides, do click on the three dot (...) and after that click the Present and Record button.

5. After clicking on the Present and Record button, your face will appeared on the screen as shown in the picture below.  Jadi bolehlah adjust-adjust tudung, senyuman, atau usai-usai rambut yang serabai tu. Hahaha. Then, do click on the start recording button to starts your recording.


6. So, while you are presenting your slides, you can see your face (yang sedang bersemangat membentang dan kontrol ayu atau macho tu) di sebelah kiri bawah on your device. After you've done with your presentation, click the end recording button.


7. Bila end recording sudah ditekan, paparan berikut akan muncul, meaning your recording is on it's way for uploading. It's will takes time, depending on your internet connection situation. So, sila lah bersabar. Boleh lah bancuh kopi dulu.


8. Tada, your recording is successfully uploaded and your link also ready to be shared with others via Whatsapp, Telegram, Facebook...etc.


It's easy, right. Bah, selamat bercanva!

10 comments:

  1. bolehlah sy cuba lps ni wpn sekadar video biasa2 je ;-)

    ReplyDelete
  2. nice sharing. semoga bermanfaat buat org lain..

    ReplyDelete
  3. Baik... Nanti sy sharing sama si dzul 😁

    ReplyDelete
  4. Oh, tak tau pulak boleh buat video dengan canva. Belum habis explore. Hari tu, cuba buat header banner saja. Thanks for sharing, Kay. :)

    ReplyDelete
  5. bagus tutorial ni membantu guru2 membuat pdpr utk murid..cikguzim follow sini :)

    ReplyDelete
  6. Saya biasa edit header blog menggunakan app canva

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya baru tahu pasal canva ni awal Januari. Hehe.

      Delete
  7. aah saya mmg pengguna tegar canva..suka sbb design cntik dan mudah digunakan

    ReplyDelete
  8. Baru tahu canva boleh buat video presentation! Boleh buat bila kena present nanti

    ReplyDelete
  9. Cantik dan menarik guna carva

    ReplyDelete

Thank you for visiting my page and for your comments too.