Vacations Funds

28 Jan 2021

Saya Memasak: Wantan Ho Ayam

PKP 2.0 kali ini, saya boleh katakan, saya lebih suka masak sendiri. Sebab, sebelum-sebelum ini, saya memang banyak order makanan dari luar menggunakan aplikasi penghantaran seperti Grabfood dan Foodpanda. So, kali ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat saya suka iaitu Wantan Ho Ayam. Resepi ini sangatlah mudah. Baik apa bahan-bahan untuk menyediakan Wantan Ho Ayam?

1. Bahan untuk mi:
  • Mi Kuew Teow (sukatan ikut kesesuaian untuk seorang makan)
  • Kicap masin
  • Minyak masak

2. Bahan untuk kuah:
  • isi ayam dihiris halus (kalau korang suka seafood, gantikan saja ayam ini dengan seafood) 
  • sayur (saya guna sayur sawi)
  • sebiji telur
  • bawang putih dicincang halus
  • cili api dicincang kecil-kecil
  • minyak masak
  • tepung jagung (untuk kuah menjadi pekat)
  • Garam atau perisa lain 

Cara meyediakannya Mi:

1. Panaskan kuali dan tuang sediiiiikit minyak masak. Lepas itu, tuang Mi Kuew Teow, letak juga sedikit kicap masin. Goreng Mi tersebut lebih kurang dalam tiga hingga lima minit dengan api yang kecil. Bila Mi sedikit kekuningan, tutup api dan letak Mi tersebut pada pinggan yang sesuai. Mi saya macam ini lepas digoreng.


Cara menyediakan kuah:

1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan bawang putih dan hirisan cili api (ini terpulang kepada korang, sama ada ditumis bersama atau hanya perlu taburkan semasa hendak menghidang nanti. Saya suka ditumis besama bawang).
3. Masukkan hirisan daging ayam .
4. Tumis campuran bawang, cili api dan daging ayam tadi hingga daging ayam masak.
5. Kemudian masukkan sayur dan gaul sekata. Agak-agak sayur sudah kelihatan terkulai layu, bolehlah masukkan air lebih kurang dalam dua gelas dan biarkan mendidih. Lepas itu bolehlah letakkan perasa (Saya guna serbuk perasa Maggi Cukup Rasa)
6. Bila kuah tadi sudah mendidih, boleh lah ambil separuh sudu makan tepung jagung, bancuh dalam gelas dengan sedikit air kemudian tuang pada kuah yang masih mendidih. Kacau kuah tadi.
7. Kemudian, pecahkan sebiji telur dan letak pada kuah yang masih mendidih. Kacau perlahan-lahan telur tersebut.
8. Siap dan tuang kuah pada Mi yang telah digoreng tadi. Lepas itu, korang bolehlah tabur dengan bawang goreng sebagai penaik rasa. 

Tada.., inilah Wantan Ho Ayam versi saya. Nyummm. 


Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Teda dibuat time pkp ni... Masak makan masak makanlah kita cath... Sampai jemu suda aku sama masakan sendiri 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ba. Pandai jemu juga makan masakan sendiri ni.

      Delete
  2. Masakan sendiri actually lagi puas sedap bahan-bahan ikut selera sendiri, kuantiti pun ikut selera sendiri.

    Btw, nampak sedap masakan ni. Nanti Cik TK boleh try buat. Dia macam ala2 gabungan kuey tiaw ladna dan kuey tiaw kantonis gitu rupa dia..

    ReplyDelete
  3. Aduyaii telan air liur tgk.. sedap sgt nampaknya tu dgn kuah yg pekat

    ReplyDelete
  4. hari tu ada tapau tapi nda sedap huhu mungkin sebab nda pedas heee

    ReplyDelete
  5. wah! sedapnya..okeh esok boleh try resepi nih

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa... kita hantu kuey teow :)

    ReplyDelete

Thank you for visiting my page and for your comments too.