Hello Singapura # 2: Part 1
Kay Masingan
December 30, 2017
4 Comments
Hari
penuh “keteriakan” di USS
Hari
Kedua di Singapura kami lanjutkan ke tempat yang menjadi tarikan pelancong dari
serata dunia. Mana lagi kalau bukan ke Universal Studio Singapore (USS). Seawal
jam 8 pagi kami bergerak dari hostel penginapan menuju ke Station MRT Bugis.
Baik secara ringkasnya perjalanan ke USS adalah seperti berikut (Hanya terpakai
jika anda bermula dari Station MRT Bugis)
Cara
kedua: Dari MRT Bugis, gunakan Blue Line (Downtown Line) ke MRT China Town.
Dari situ tukar ke laluan Purple Line (North East) ke MRT Habour Front.
Dari
Habour Front kami masuk ke Vivo City / Mall dan naik ke tingkat 3 yang mana
terletaknya station Sentosa Express. Dalam lebih kurang 5 minit menaiki Sentosa
Express yang agak sesak, akhirnya kami tiba di pintu USS! Well, itu baru jam 9
pagi tau! USS hanya mula beroperasi pada jam 10 pagi. Lihat betapa semangatnya
kami bertiga untuk masuk ke USS.
Ticket
masuk ke USS VOID.
Sekitar
jam 9.30 pagi kami pun mengikuti pengunjung-pengunjung lain berbaris di pintu
masuk USS. Penat berdiri, saya kadang-kadang duduk atas lantai simen. Apabila
tiba masa untuk scan tiket masuk, tiket saya dan Vera Void (telah digunakan). Masa
itu sudah rasa sedikit panik dan sedih apabila ditahan di depan gate masuk oleh
petugas. Mimi yang sudah berjaya masuk ke dalam terpaksa juga kembali ke gate
masuk. Petugas di gate masuk mengarahkan kami untuk membeli tiket yang baharu.
Tempoh
Bertenang.
Kami
bertiga kembali ke kawasan lapang berdekatan bebola besar berpusing yang
bertulis UNIVERSAL untuk bertenang. Mimi menghubungi sepupu yang menolong kami
membeli tiket masuk. Selepas lebih kurang 40 minit, kami pun mengambil
keputusan untuk membeli tiket baharu. Harga tiket pada masa itu ialah SGD68 /
RM208. Okay lupakan seketika pasal harga tiket. Lagipun SGD dalam tangan masih
banyak. Hahaha.
Suasana dalam USS
Jeritan gila-gila
Permainan
pertama yang kami cuba ialah Transformer Ride.
Barisan menunggu memang panjang. Sebenarnya boleh sahaja jika mahu cepat, tetapi perlu membeli Express Pass. Dengan Express pass tidak perlulah beratur panjang lagi kerana anda akan melalui fast lane yang sangat sedikit orangnya dan anda akan mendapat giliran bermain lebih cepat.
Transformer Ride memang menyeronokkan. Ianya permainan 3D dan anda akan merasai pengalaman dihayun ke kiri dan ke kanan, terbuang ke gaung, melantun ke atas seperti sesuatu yang real. Dan yang paling ketara, anda akan mendengar bunyi jeritan sebaik sahaja ride bermula dan hanya berakhir apabila ride sampai ke destinasi. Pengalaman yang menyeronokkan!
Barisan menunggu memang panjang. Sebenarnya boleh sahaja jika mahu cepat, tetapi perlu membeli Express Pass. Dengan Express pass tidak perlulah beratur panjang lagi kerana anda akan melalui fast lane yang sangat sedikit orangnya dan anda akan mendapat giliran bermain lebih cepat.
Petugas yang menjual tiket Express Pass
Transformer Ride memang menyeronokkan. Ianya permainan 3D dan anda akan merasai pengalaman dihayun ke kiri dan ke kanan, terbuang ke gaung, melantun ke atas seperti sesuatu yang real. Dan yang paling ketara, anda akan mendengar bunyi jeritan sebaik sahaja ride bermula dan hanya berakhir apabila ride sampai ke destinasi. Pengalaman yang menyeronokkan!
Battlestar
Galactica Human Ride – the bravest thing I ever done in my life!
Selepas
Transformer Ride, kami beralih ke game yang kedua iaitu Battlestar Galactica
Human Ride. Battelstar Galactica mempunyai dua jenis iaitu Human Ride dan Cylon Ride. Kami memilih untuk bermain Human Ride kerana ianya sedikit kurang mencabar berbanding Cylon Ride. Idea ini sebenarnya idea Mimi. Alang-alang sudah bayar tiket mahal,
jadi bagus try main banyak-banyak game, katanya. Betul juga. Tetapi Vera tidak
ikut serta. Jadi hanya saya dan Mimi sahaja bermain permainan ini. Saya,
jujurnya tidak pernah ada idea bagaimana permainan roller coaster atau yang
sewaktu dengannya walau sering melihat di kaca TV atau Video di You Tube.
Seperti Transformer Ride, barisan untuk bermain Battlestar Galactica Human Ride
juga agak panjang. Ada juga makcik-makcik India yang memakai Sari gigih
berbaris. Tiba giliran saya dan mimi…
Yang
saya ingat 5 saat pertama sahaja saya membuka mata, selebihnya (permainan ini
kira-kira 60 saat) saya menutup mata dan menjerit sehabis tenaga. Ada saatnya
saya seakan ingin melarikan diri daripada “car” tersebut. Perasaan seakan jatuh
ke dalam gaung, dibuang ke atas memang sangat mengerikan. Pengalaman yang agak
mengerikan tapi pada masa yang sama sangat menyeronokkan. Sehabis ride, lutut bergegar dan
lemah. Terus terasa lapar.
Antara
ayat saya dan Mimi yang sehingga kini segar dalam ingatan saya ialah “macamana
lah makcik-makcik India boleh survived time bermain tadi ya?”. Hahaha.
Saya dan Mimi selepas bermain Battelstar Human Ride di depan entrance ke Cylon Ride.
Peringatan: Sebaik-baiknya perut
dalam keadaan tidak terlalu kenyang bila anda bermain permainan ini kerana
kebarangkalian untuk termuntah agak tinggi.
Bersambung..