Vacations Funds

30 Dec 2017

Hello Singapura # 2: Part 1

Hari penuh “keteriakan” di USS

Tempat wajib bergambar jika anda ke USS

Hari Kedua di Singapura kami lanjutkan ke tempat yang menjadi tarikan pelancong dari serata dunia. Mana lagi kalau bukan ke Universal Studio Singapore (USS). Seawal jam 8 pagi kami bergerak dari hostel penginapan menuju ke Station MRT Bugis. Baik secara ringkasnya perjalanan ke USS adalah seperti berikut (Hanya terpakai jika anda bermula dari Station MRT Bugis)

Cara pertama: Dari MRT bugis, gunakan Green Line (East West) ke Outram Park. Dari Outram Park tukar ke laluan Purple Line (North East) ke MRT Habour Front.

Cara kedua: Dari MRT Bugis, gunakan Blue Line (Downtown Line) ke MRT China Town. Dari situ tukar ke laluan Purple Line (North East) ke MRT Habour Front.


Vivo City / Mall yang sangat sesak 

Dari Habour Front kami masuk ke Vivo City / Mall dan naik ke tingkat 3 yang mana terletaknya station Sentosa Express. Dalam lebih kurang 5 minit menaiki Sentosa Express yang agak sesak, akhirnya kami tiba di pintu USS! Well, itu baru jam 9 pagi tau! USS hanya mula beroperasi pada jam 10 pagi. Lihat betapa semangatnya kami bertiga untuk masuk ke USS.

Ticket masuk ke USS VOID.

Sekitar jam 9.30 pagi kami pun mengikuti pengunjung-pengunjung lain berbaris di pintu masuk USS. Penat berdiri, saya kadang-kadang duduk atas lantai simen. Apabila tiba masa untuk scan tiket masuk, tiket saya dan Vera Void (telah digunakan). Masa itu sudah rasa sedikit panik dan sedih apabila ditahan di depan gate masuk oleh petugas. Mimi yang sudah berjaya masuk ke dalam terpaksa juga kembali ke gate masuk. Petugas di gate masuk mengarahkan kami untuk membeli tiket yang baharu.

Tempoh Bertenang.

Kami bertiga kembali ke kawasan lapang berdekatan bebola besar berpusing yang bertulis UNIVERSAL untuk bertenang. Mimi menghubungi sepupu yang menolong kami membeli tiket masuk. Selepas lebih kurang 40 minit, kami pun mengambil keputusan untuk membeli tiket baharu. Harga tiket pada masa itu ialah SGD68 / RM208. Okay lupakan seketika pasal harga tiket. Lagipun SGD dalam tangan masih banyak. Hahaha.



Suasana dalam USS


Jeritan gila-gila

Permainan pertama yang kami cuba ialah Transformer Ride. 



Barisan menunggu memang panjang. Sebenarnya boleh sahaja jika mahu cepat, tetapi perlu membeli Express Pass. Dengan Express pass tidak perlulah beratur panjang lagi kerana anda akan melalui fast lane yang sangat sedikit orangnya dan anda akan mendapat giliran bermain lebih cepat. 


Petugas yang menjual tiket Express Pass

Transformer Ride memang menyeronokkan. Ianya permainan 3D dan anda akan merasai pengalaman dihayun ke kiri dan ke kanan, terbuang ke gaung, melantun ke atas seperti sesuatu yang real. Dan yang paling ketara, anda akan mendengar bunyi jeritan sebaik sahaja ride bermula dan hanya berakhir apabila ride sampai ke destinasi. Pengalaman yang menyeronokkan!





Battlestar Galactica Human Ride – the bravest thing I ever done in my life!

Selepas Transformer Ride, kami beralih ke game yang kedua iaitu Battlestar Galactica Human Ride. Battelstar Galactica mempunyai dua jenis iaitu Human Ride dan Cylon Ride. Kami memilih untuk bermain Human Ride kerana ianya sedikit kurang mencabar berbanding Cylon Ride. Idea ini sebenarnya idea Mimi. Alang-alang sudah bayar tiket mahal, jadi bagus try main banyak-banyak game, katanya. Betul juga. Tetapi Vera tidak ikut serta. Jadi hanya saya dan Mimi sahaja bermain permainan ini. Saya, jujurnya tidak pernah ada idea bagaimana permainan roller coaster atau yang sewaktu dengannya walau sering melihat di kaca TV atau Video di You Tube. Seperti Transformer Ride, barisan untuk bermain Battlestar Galactica Human Ride juga agak panjang. Ada juga makcik-makcik India yang memakai Sari gigih berbaris. Tiba giliran saya dan mimi…

Yang saya ingat 5 saat pertama sahaja saya membuka mata, selebihnya (permainan ini kira-kira 60 saat) saya menutup mata dan menjerit sehabis tenaga. Ada saatnya saya seakan ingin melarikan diri daripada “car” tersebut. Perasaan seakan jatuh ke dalam gaung, dibuang ke atas memang sangat mengerikan. Pengalaman yang agak mengerikan tapi pada masa yang sama sangat menyeronokkan. Sehabis ride, lutut bergegar dan lemah. Terus terasa lapar.

Antara ayat saya dan Mimi yang sehingga kini segar dalam ingatan saya ialah “macamana lah makcik-makcik India boleh survived time bermain tadi ya?”. Hahaha.


Saya dan Mimi selepas bermain Battelstar Human Ride di depan entrance ke Cylon Ride.

Peringatan: Sebaik-baiknya perut dalam keadaan tidak terlalu kenyang bila anda bermain permainan ini kerana kebarangkalian untuk termuntah agak tinggi.

Bersambung..

4 comments:

  1. Nda lah berani klu saya pula cath.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat balik mcm seram pula permainan tu mia. Haha.

      Delete
  2. mcm mn boleh tiket tu dah digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X berapa sure. Sbb kazen kawan yg tolong beli dgn kawan dia (kira mcm ticket agent) d sgpore. Kwn tu hntr email pd kazen kawan. Mungkin dia salah emailkan ticket org lain. Sukurlah kena bayar juga tiket baru kami.

      Delete

Thank you for visiting my page and for your comments too.