Vacations Funds

21 Jan 2018

Tips untuk menghindari Kopi

January 21, 2018 12 Comments

Apabila kita mendengar tentang kopi, penggemar kopi pasti akan terbayang akan keenakkan rasa kopi. Kopi O panas, kopi O Ping/ ais, kopi susu dan pelbagai lagi resepi minuman kopi yang sememangnya sangat enak. Maka tidak hairanlah ramai yang ketagih dengan minuman kopi. Secara umumnya kita mengetahui bahawa kopi mengandungi kafein yang mana jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan dan seterusnya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan seseorang. Kesan-kesan tersebut tidak sama dan bergantung kepada penerimaan tubuh badan setiap individu. Bagi mereka yang ingin untuk berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, berikut merupakan perkongsian saya hasil daripada bacaan terhadap beberapa artikel atau tulisan dari Internet.

Ehsan Google
Kurangkan pengambilan kopi dalam sehari
Jika sebelum ini anda mengambil kopi sebagai minuman harian (pagi, tengahari, petang dan malam), cuba kurangkan kebergantungan anda pada kopi, iaitu hanya mengambil sekali atau dua kali dalam sehari. Selain itu, jika gelas yang anda gunakan untuk minum kopi adalah gelas yang besar, cuba tukarkan gelas tersebut kepada gelas yang lebih kecil.
Tukar kepada minuman lain
Kebiasaan bagi penggemar kopi, mereka akan memulakan hari dengan segelas kopi. Cuba usahakan untuk mengubah tabiat ini dengan menukar kepada minuman lain seperti Susu Kambing, Teh Hijau, Milo atau minuman lain yang tidak mengandungi kafein.
Ambil gula-gula
Keinginan untuk minum kopi biasanya disebabkan oleh keinginan untuk menikmati sesuatu yang manis. Oleh sebab itu, individu yang ingin mengurangkan kebergantungan kepada kopi disarankan agar mengambil sesuatu yang manis seperti gula-gula untuk mengelakkan daripada mengambil kopi.
Tidur yang cukup
Biasanya individu mengambil kopi untuk melawan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari untuk mengelakkan rasa mengantuk.
Banyakkan minum air kosong
Rasa haus salah satu punca seseorang itu inginkan kopi, oleh sebab itu dinasihatkan agar minum air kosong dengan banyak untuk melawan rasa haus dan keinginan untuk menikmati kopi.

Perkongsian peribadi
Tarikh 21 Jan 2018 merupakan bulan ke-4 saya bebas daripada kopi. Saya berhenti mengambil kopi secara drastik iaitu tidak melalui fasa mengurangkan pengambilan kopi tetapi sebaliknya terus menghindari kopi secara total bermula pada tarikh 21/9/2017. Ianya bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan “peralihan” emosi yang kuat. Pada hari pertama hingga hari ketiga tanpa kopi saya sering “bad mood” dan tidak bermaya. Saya juga selalu berasa sangat mengantuk dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja.

Masuk pada minggu kedua, saya mengubati keinginan untuk menikmati kopi dengan memasak puding perisa kopi yang akhirnya hanya dibuang begitu sahaja. Untuk melawan rasa keinginan pada kopi saya menukar rutin minum pagi kepada air Limau dan minum air kosong dengan banyak. Ada saat-saatnya, melihat gambar kopi membuat saya rasa sedih kerana saya masih mengingati rasa kopi yang sedap. 

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-4 saya sudah berjaya melawan fasa-fasa ketagihan kepada kopi dan  keinginan untuk minum kopi sudah beransur hilang hinggalah sekarang, masuk bulan yang ke-4 bebas tanpa kopi. Kepada yang ingin berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, kuatkan tekad, Melawan ketagihan itu bukan suatu yang mudah tetapi bukan juga suatu yang mustahil. Moga anda berjaya.

20 Jan 2018

Hello Singapura # 3

January 20, 2018 5 Comments
Jalan-jalan santai
Hari ketiga kami hanya merancang untuk melawat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Seawal jam 8.30 pagi saya dan Mimi meneroka kawasan sekitar Kampung Glam yang terkenal dengan lukisan mural yang cantik di Singapura.


Mural yang cantik di sekitar Kampung Glam

 Mimi berjalan menyusuri lorong kedai yang belum beroperasi.

Cute kan lot kedai ini
Kemudian kami berpusing menuju ke Masjid Sultan. Masjid Sultan ini merupakan Masjid yang terbesar di Singapura, terletak di kawasan Kampung Glam menjadi salah satu tarikan pengunjung ke tempat tersebut. 
Masjid Sultan, Singapura


Kemudian kami membeli belah ole-ole di kedai-kedai yang berdekatan dengan Masjid Sultan.



Bye, Singapura 
Sekitar jam 11.00 pagi, selepas packing barang-barang dan check out,  kami meninggalkan hostel dan menuju ke Station Bas ke Johor. Setiba di Lapangan Terbang Senai, kami berpisah untuk balik ke tempat masing-masing- Saya ke Kota Kinabalu, Mimi dan Vera Ke Kuala Lumpur.

Bagaimana perasaan bercuti di Singapura? Menyeronokkan. Walau bagaimanapun sedikit kekesalan dalam hati kerana tidak mengambil gambar-gambar kenangan yang banyak sewaktu berada di sana dek kerana kepenatan. Ya, percutian kali ini memang menyeronokkan tetapi agak penat kerana jadual perjalanan yang singkat dan padat.


11 Jan 2018

Hello Singapura # 2: Part 2

January 11, 2018 5 Comments
Lunch at Oasis Spice Café, USS.

Selepas bermain Battlestar Galactica Human Ride, perut terus terasa lapar. Rasanya tenaga banyak hilang akibat menjerit gila-gila tadi. Kami lunch di Oasis Spice Café yang menghidangkan makanan halal. Restoran ini terletak di station Ancient Egypt. Baik dalam USS tersebut memang banyak restoran serta kiosk-kisok menjual makanan dan minuman tetapi bukan semuannya halal.
Saya memilih Nasi Beriani Ayam dan Air Lemon yang berharga SGD20

Jeritan Berlanjutan.
Selepas lunch, kami menyambung lagi misi meneroka station-station lain yang terdapat di USS. Station seterusnya ialah The Lost World, dimana kami bermain Jurassic Park Rapids Adventure. Oleh kerana permainan dalam station ini adalah menaiki boat jadi para pengunjung dinasihatkan untuk memakai baju hujan / poncho untuk mengelakkan daripada basah. Tetapi, jika anda tidak membawa poncho, anda boleh sahaja membeli di pintu masuk station ini atau membawa baju salinan. Semasa adventure ini, kita akan dihidangkan dengan dinosaur-dinosaur sepanjang “sungai” yang kelihatan sangat real. Kemudian kami menyambung aktiviti permainan ke station Far-Far Away dan station terakhir yang kami lawati ialah di station Madagascar. Walaupun permainan-permainan tersebut mempunyai kejutan tetapi tidaklah begitu extreme seperti di Battlestar Galactica Human Ride.



Dinner di Dancing Crab Restoran 

Plan asal kami ialah terus ke Garden By The Bay selepas dari USS tetapi sepupu Mimi yang membantu kami membeli tiket masuk ke USS berjanji dengan kami untuk berjumpa di Vivo Mall. Sepupu dia ini bekerja sebagai Nurse di Hospital Kerajaan di Singapura. Selain dari membayar balik harga tiket masuk ke USS yang telah kami beli pagi tadi, dia juga bermurah hati membayar makan malam kami di Dancing Crab. Restoran ini menghidangkan makanan seafood yang lebih kurang style shell out.




Usai makan malam, kami ke Garden By the Bay untuk tetapi kerana kami tiba agak lewat (sekitar jam 8pm lebih) kami terlepas persembahan lampu di kawasan tersebut. Tidak berlama-lama di sana, kami kemudiannya pergi ke Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Mustafa Centre ini merupakan salah satu tempat yang sangat popular untuk membeli barangan cenderahati di Singapura.

Bersambung..