Vacations Funds

21 Jan 2018

Tips untuk menghindari Kopi

January 21, 2018 12 Comments

Apabila kita mendengar tentang kopi, penggemar kopi pasti akan terbayang akan keenakkan rasa kopi. Kopi O panas, kopi O Ping/ ais, kopi susu dan pelbagai lagi resepi minuman kopi yang sememangnya sangat enak. Maka tidak hairanlah ramai yang ketagih dengan minuman kopi. Secara umumnya kita mengetahui bahawa kopi mengandungi kafein yang mana jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan dan seterusnya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan seseorang. Kesan-kesan tersebut tidak sama dan bergantung kepada penerimaan tubuh badan setiap individu. Bagi mereka yang ingin untuk berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, berikut merupakan perkongsian saya hasil daripada bacaan terhadap beberapa artikel atau tulisan dari Internet.

Ehsan Google
Kurangkan pengambilan kopi dalam sehari
Jika sebelum ini anda mengambil kopi sebagai minuman harian (pagi, tengahari, petang dan malam), cuba kurangkan kebergantungan anda pada kopi, iaitu hanya mengambil sekali atau dua kali dalam sehari. Selain itu, jika gelas yang anda gunakan untuk minum kopi adalah gelas yang besar, cuba tukarkan gelas tersebut kepada gelas yang lebih kecil.
Tukar kepada minuman lain
Kebiasaan bagi penggemar kopi, mereka akan memulakan hari dengan segelas kopi. Cuba usahakan untuk mengubah tabiat ini dengan menukar kepada minuman lain seperti Susu Kambing, Teh Hijau, Milo atau minuman lain yang tidak mengandungi kafein.
Ambil gula-gula
Keinginan untuk minum kopi biasanya disebabkan oleh keinginan untuk menikmati sesuatu yang manis. Oleh sebab itu, individu yang ingin mengurangkan kebergantungan kepada kopi disarankan agar mengambil sesuatu yang manis seperti gula-gula untuk mengelakkan daripada mengambil kopi.
Tidur yang cukup
Biasanya individu mengambil kopi untuk melawan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari untuk mengelakkan rasa mengantuk.
Banyakkan minum air kosong
Rasa haus salah satu punca seseorang itu inginkan kopi, oleh sebab itu dinasihatkan agar minum air kosong dengan banyak untuk melawan rasa haus dan keinginan untuk menikmati kopi.

Perkongsian peribadi
Tarikh 21 Jan 2018 merupakan bulan ke-4 saya bebas daripada kopi. Saya berhenti mengambil kopi secara drastik iaitu tidak melalui fasa mengurangkan pengambilan kopi tetapi sebaliknya terus menghindari kopi secara total bermula pada tarikh 21/9/2017. Ianya bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan “peralihan” emosi yang kuat. Pada hari pertama hingga hari ketiga tanpa kopi saya sering “bad mood” dan tidak bermaya. Saya juga selalu berasa sangat mengantuk dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja.

Masuk pada minggu kedua, saya mengubati keinginan untuk menikmati kopi dengan memasak puding perisa kopi yang akhirnya hanya dibuang begitu sahaja. Untuk melawan rasa keinginan pada kopi saya menukar rutin minum pagi kepada air Limau dan minum air kosong dengan banyak. Ada saat-saatnya, melihat gambar kopi membuat saya rasa sedih kerana saya masih mengingati rasa kopi yang sedap. 

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-4 saya sudah berjaya melawan fasa-fasa ketagihan kepada kopi dan  keinginan untuk minum kopi sudah beransur hilang hinggalah sekarang, masuk bulan yang ke-4 bebas tanpa kopi. Kepada yang ingin berhenti daripada terus ketagih kepada kopi, kuatkan tekad, Melawan ketagihan itu bukan suatu yang mudah tetapi bukan juga suatu yang mustahil. Moga anda berjaya.

20 Jan 2018

Hello Singapura # 3

January 20, 2018 5 Comments
Jalan-jalan santai
Hari ketiga kami hanya merancang untuk melawat kawasan berdekatan dengan tempat penginapan. Seawal jam 8.30 pagi saya dan Mimi meneroka kawasan sekitar Kampung Glam yang terkenal dengan lukisan mural yang cantik di Singapura.


Mural yang cantik di sekitar Kampung Glam

 Mimi berjalan menyusuri lorong kedai yang belum beroperasi.

Cute kan lot kedai ini
Kemudian kami berpusing menuju ke Masjid Sultan. Masjid Sultan ini merupakan Masjid yang terbesar di Singapura, terletak di kawasan Kampung Glam menjadi salah satu tarikan pengunjung ke tempat tersebut. 
Masjid Sultan, Singapura


Kemudian kami membeli belah ole-ole di kedai-kedai yang berdekatan dengan Masjid Sultan.



Bye, Singapura 
Sekitar jam 11.00 pagi, selepas packing barang-barang dan check out,  kami meninggalkan hostel dan menuju ke Station Bas ke Johor. Setiba di Lapangan Terbang Senai, kami berpisah untuk balik ke tempat masing-masing- Saya ke Kota Kinabalu, Mimi dan Vera Ke Kuala Lumpur.

Bagaimana perasaan bercuti di Singapura? Menyeronokkan. Walau bagaimanapun sedikit kekesalan dalam hati kerana tidak mengambil gambar-gambar kenangan yang banyak sewaktu berada di sana dek kerana kepenatan. Ya, percutian kali ini memang menyeronokkan tetapi agak penat kerana jadual perjalanan yang singkat dan padat.


11 Jan 2018

Hello Singapura # 2: Part 2

January 11, 2018 5 Comments
Lunch at Oasis Spice Café, USS.

Selepas bermain Battlestar Galactica Human Ride, perut terus terasa lapar. Rasanya tenaga banyak hilang akibat menjerit gila-gila tadi. Kami lunch di Oasis Spice Café yang menghidangkan makanan halal. Restoran ini terletak di station Ancient Egypt. Baik dalam USS tersebut memang banyak restoran serta kiosk-kisok menjual makanan dan minuman tetapi bukan semuannya halal.
Saya memilih Nasi Beriani Ayam dan Air Lemon yang berharga SGD20

Jeritan Berlanjutan.
Selepas lunch, kami menyambung lagi misi meneroka station-station lain yang terdapat di USS. Station seterusnya ialah The Lost World, dimana kami bermain Jurassic Park Rapids Adventure. Oleh kerana permainan dalam station ini adalah menaiki boat jadi para pengunjung dinasihatkan untuk memakai baju hujan / poncho untuk mengelakkan daripada basah. Tetapi, jika anda tidak membawa poncho, anda boleh sahaja membeli di pintu masuk station ini atau membawa baju salinan. Semasa adventure ini, kita akan dihidangkan dengan dinosaur-dinosaur sepanjang “sungai” yang kelihatan sangat real. Kemudian kami menyambung aktiviti permainan ke station Far-Far Away dan station terakhir yang kami lawati ialah di station Madagascar. Walaupun permainan-permainan tersebut mempunyai kejutan tetapi tidaklah begitu extreme seperti di Battlestar Galactica Human Ride.



Dinner di Dancing Crab Restoran 

Plan asal kami ialah terus ke Garden By The Bay selepas dari USS tetapi sepupu Mimi yang membantu kami membeli tiket masuk ke USS berjanji dengan kami untuk berjumpa di Vivo Mall. Sepupu dia ini bekerja sebagai Nurse di Hospital Kerajaan di Singapura. Selain dari membayar balik harga tiket masuk ke USS yang telah kami beli pagi tadi, dia juga bermurah hati membayar makan malam kami di Dancing Crab. Restoran ini menghidangkan makanan seafood yang lebih kurang style shell out.




Usai makan malam, kami ke Garden By the Bay untuk tetapi kerana kami tiba agak lewat (sekitar jam 8pm lebih) kami terlepas persembahan lampu di kawasan tersebut. Tidak berlama-lama di sana, kami kemudiannya pergi ke Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Mustafa Centre ini merupakan salah satu tempat yang sangat popular untuk membeli barangan cenderahati di Singapura.

Bersambung..

30 Dec 2017

Hello Singapura # 2: Part 1

December 30, 2017 4 Comments
Hari penuh “keteriakan” di USS

Tempat wajib bergambar jika anda ke USS

Hari Kedua di Singapura kami lanjutkan ke tempat yang menjadi tarikan pelancong dari serata dunia. Mana lagi kalau bukan ke Universal Studio Singapore (USS). Seawal jam 8 pagi kami bergerak dari hostel penginapan menuju ke Station MRT Bugis. Baik secara ringkasnya perjalanan ke USS adalah seperti berikut (Hanya terpakai jika anda bermula dari Station MRT Bugis)

Cara pertama: Dari MRT bugis, gunakan Green Line (East West) ke Outram Park. Dari Outram Park tukar ke laluan Purple Line (North East) ke MRT Habour Front.

Cara kedua: Dari MRT Bugis, gunakan Blue Line (Downtown Line) ke MRT China Town. Dari situ tukar ke laluan Purple Line (North East) ke MRT Habour Front.


Vivo City / Mall yang sangat sesak 

Dari Habour Front kami masuk ke Vivo City / Mall dan naik ke tingkat 3 yang mana terletaknya station Sentosa Express. Dalam lebih kurang 5 minit menaiki Sentosa Express yang agak sesak, akhirnya kami tiba di pintu USS! Well, itu baru jam 9 pagi tau! USS hanya mula beroperasi pada jam 10 pagi. Lihat betapa semangatnya kami bertiga untuk masuk ke USS.

Ticket masuk ke USS VOID.

Sekitar jam 9.30 pagi kami pun mengikuti pengunjung-pengunjung lain berbaris di pintu masuk USS. Penat berdiri, saya kadang-kadang duduk atas lantai simen. Apabila tiba masa untuk scan tiket masuk, tiket saya dan Vera Void (telah digunakan). Masa itu sudah rasa sedikit panik dan sedih apabila ditahan di depan gate masuk oleh petugas. Mimi yang sudah berjaya masuk ke dalam terpaksa juga kembali ke gate masuk. Petugas di gate masuk mengarahkan kami untuk membeli tiket yang baharu.

Tempoh Bertenang.

Kami bertiga kembali ke kawasan lapang berdekatan bebola besar berpusing yang bertulis UNIVERSAL untuk bertenang. Mimi menghubungi sepupu yang menolong kami membeli tiket masuk. Selepas lebih kurang 40 minit, kami pun mengambil keputusan untuk membeli tiket baharu. Harga tiket pada masa itu ialah SGD68 / RM208. Okay lupakan seketika pasal harga tiket. Lagipun SGD dalam tangan masih banyak. Hahaha.



Suasana dalam USS


Jeritan gila-gila

Permainan pertama yang kami cuba ialah Transformer Ride. 



Barisan menunggu memang panjang. Sebenarnya boleh sahaja jika mahu cepat, tetapi perlu membeli Express Pass. Dengan Express pass tidak perlulah beratur panjang lagi kerana anda akan melalui fast lane yang sangat sedikit orangnya dan anda akan mendapat giliran bermain lebih cepat. 


Petugas yang menjual tiket Express Pass

Transformer Ride memang menyeronokkan. Ianya permainan 3D dan anda akan merasai pengalaman dihayun ke kiri dan ke kanan, terbuang ke gaung, melantun ke atas seperti sesuatu yang real. Dan yang paling ketara, anda akan mendengar bunyi jeritan sebaik sahaja ride bermula dan hanya berakhir apabila ride sampai ke destinasi. Pengalaman yang menyeronokkan!





Battlestar Galactica Human Ride – the bravest thing I ever done in my life!

Selepas Transformer Ride, kami beralih ke game yang kedua iaitu Battlestar Galactica Human Ride. Battelstar Galactica mempunyai dua jenis iaitu Human Ride dan Cylon Ride. Kami memilih untuk bermain Human Ride kerana ianya sedikit kurang mencabar berbanding Cylon Ride. Idea ini sebenarnya idea Mimi. Alang-alang sudah bayar tiket mahal, jadi bagus try main banyak-banyak game, katanya. Betul juga. Tetapi Vera tidak ikut serta. Jadi hanya saya dan Mimi sahaja bermain permainan ini. Saya, jujurnya tidak pernah ada idea bagaimana permainan roller coaster atau yang sewaktu dengannya walau sering melihat di kaca TV atau Video di You Tube. Seperti Transformer Ride, barisan untuk bermain Battlestar Galactica Human Ride juga agak panjang. Ada juga makcik-makcik India yang memakai Sari gigih berbaris. Tiba giliran saya dan mimi…

Yang saya ingat 5 saat pertama sahaja saya membuka mata, selebihnya (permainan ini kira-kira 60 saat) saya menutup mata dan menjerit sehabis tenaga. Ada saatnya saya seakan ingin melarikan diri daripada “car” tersebut. Perasaan seakan jatuh ke dalam gaung, dibuang ke atas memang sangat mengerikan. Pengalaman yang agak mengerikan tapi pada masa yang sama sangat menyeronokkan. Sehabis ride, lutut bergegar dan lemah. Terus terasa lapar.

Antara ayat saya dan Mimi yang sehingga kini segar dalam ingatan saya ialah “macamana lah makcik-makcik India boleh survived time bermain tadi ya?”. Hahaha.


Saya dan Mimi selepas bermain Battelstar Human Ride di depan entrance ke Cylon Ride.

Peringatan: Sebaik-baiknya perut dalam keadaan tidak terlalu kenyang bila anda bermain permainan ini kerana kebarangkalian untuk termuntah agak tinggi.

Bersambung..

24 Dec 2017

Hello Singapura! #1

December 24, 2017 4 Comments
Pada 2-4 Dis 2017 yang lalu, saya bersama 2 orang rakan (Mimi dan Vera) telah melaksanakan misi jalan-jalan ke Singapura.

Hari Pertama.

Saya dan Vera terbang dari KKIA ke Lapangan Terbang Senai, sementara Mimi yang bekerja di Putrajaya terbang dari KLIA ke Lapangan Terbang Senai. 

Makan Chizza sementara menunggu Mimi tiba.

Pada jam 2 petang kami bertiga berjumpa di Lapangan Terbang Senai dan tanpa membazirkan masa kami terus mengambil teksi untuk ke Terminal Bas Larkin. Kami terpaksa menunggu hampir 40 minit sebelum Bas ke Singapura tiba di Terminal Bas Larkin (kami menaiki Bas Causeway Link- CW2). Dari Terminal Bas Larkin kemudian kami tiba di Checkpoint pertama (Imegresen Malaysia) dan urusan selesai dalam kurang dari 10 minit. Kami seterusnya menaiki semula Bas Syarikat Causeway Link untuk ke Woodlands Checkpoint (Imegresen Singapura). Di Woodlands Checkpoint kami terpaksa menunggu dalam barisan hampir 1 jam untuk pemeriksaan walaupun barisan tidaklah panjang sangat. Selepas itu, kami menaiki Bas Syarikat Causeway Link – CW2 untuk ke Terminal Bas Queen Street Singapura.

Peringatan: Jangan buang tiket bas sebelum tiba di Terminal Bas Queen Street kerana tiket tersebut adalah untuk perjalanan JB-Singapura (jika hilang perlu beli semula). Naik bas syarikat yang sama. Kami menaiki bas Syarikat Causeway Link. Dari Checkpoint Malaysia (Johor) boleh menaiki bas Causeway Link bernombor CW1.CW2, CW3 tetapi dari Checkpoint Woodlands ke Terminal Queen Street perlu menaiki bas bernombor CW2 sahaja.

Kami tiba di Terminal Bas Queen Street, Singapura kira-kira jam 5 petang. Dari Terminal tersebut kami berjalan kaki mencari penginapan kami yang terletak di Beach Road. (payah juga mencari sebab kami serba tidak tahu jalan. Jadi memang rajin juga kami bertanya orang-orang yang berada di persekitaran pada masa itu). 
Dalam usaha mencari lokasi penginapan


Singapura yang tenang dan bersih


Akhirnya setelah usaha berterusan kami akhirnya berjaya menjumpai penginapan kami. Saya dan Mimi menginap di Fivestones Hostel sementara Vera di 5footway.inn. kedua hostel ini terletak di Beach Road berdekatan dengan Arab Street dan Kampung Glam.

Selepas mandi dan berehat sebentar misi pertama kami pada malamnya ialah melihat keindahan malam di Merlion Park. Di Park ini terletaknya Statue Singa besar yang menjadi lambang kepada negara Singapura dan juga kita boleh melihat bangunan-bangunan tinggi dan indah seperti Marina Bay, Eye Of Singapore dan juga bangunan-bangunan pentadbiran dan hotel-hotel di sekitar taman tersebut.


Bangunan Marina Bay

Monumen The Merlion

Warna Warni Malam di Merlion Park

Photografi oleh Mimi


Mimi dan Vera




Bersambung..